Friday, August 19, 2011

U Cafe - Iftar Episode III

16hb hari Selasa haritu, me & my gurls went shopping for the needy & the poor...since my fren nak ke Sik untuk derma baju2 untuk fakir miskin..ingat nak tumpang la skali....since dia hesitate nak amik duit...terpikir la nak g memborong baju raya...so, kitorang pegi Jalan Kenanga...masa tu dah kol 4..ada 2 jam je nak meronda...but 1st and for most, this shout-out goes specially to gisele sebab sanggup jd driver that day since i'm not driving yet......love u gurl....

Susah betul nak cari baju kurung kat situ..kalau ada pon kena amik 12 helai, 24 helai...nak buat apa banyak2....sampai la jumpa kedai ni tingkat atas yang boleh borong 6 helai...terus rembat je...
sampai2 je terus nak posing...huhu
ni la satu2nya kedai yang boleh borong sikit2
Fuh..dengan jam n panas...boleh tahan la penat dia....& x sempat nak mencari baju untuk budak laki2..terpaksa sambung malam kat Jalan TAR...

Jom berbuka dulu...kitorang singgah Sg. Wang untuk berbuka kat U Cafe..makanan kat situ memang sedap..Malay plus Western...not to forget, waiter2 yang hensem2 di situ...plus points..heheh

kuat melantak
fusion spaghetti chic with kung pao sauce
fried vermicelli with eggs  o. sauce and Marcel
my order for the day~ spicy arabiata spaghetti with smoke chicken + kopi o ais
Vietnamese spring rolls
asam laksa with smoke salmon
semua dish ni total up RM150++... makan 3 org ja tapi masing2 bela saka..nak wat camna...then mamiko dipaksa minum ekspresso yang giler hitam pekat dan sangat pahit...heheheheh...memang kelakar.

My favorite dish would be the spaghetti spicy arabiata and asam laksa with smoke salmon.... 

Malam, lepas hantar mamiko g kerja, gisele & me sambung memborong kat Jalan TAR...dapat la baju melayu budak2 dalam 10 helai....huh...kepenatan....tapi berbaloi-baloi....

Then, lepas hantar kuih muih, (gisele ni seorang penjual kuih raya tegar), lepak lak ngan martopo kat Sany Cafe belakang IB for kopi....barulah masing2 balik dengan penuh kemengantukan....


Debenhams Is On Sale

Sebelum beriftar kat solaris...kitorang sempat pusing2 The Curve beberapa jam....aduhai..terjebak pulak dengan  sale kat Debenhams...tried a few dress yang menarik....



Yang 2nd ni lagi comel kan...i beli yang ni...color florescent and kain sangat flowy....yang paling best stripe kat pinggang tu boleh cover boncet....*owhh tidakkk

Dah berjalan-jalan, kaki sakit....so terpaksa la berehat..yang best dekat the curve ni ada kerusi2 macam ni untuk berehat....



Owh, sedapnya berehat-rehat...lega kaki yang cramp tu......sambil menunggu masa untuk perut diisi...

Thursday, August 18, 2011

Ole-ole Bali - Iftar Episode II

Last week for Iftar, Mr Me suggest Ole-ole Bali kat Solaris....it's our 2nd time there...food dia mmg sangat sedap ditambah dengan ambiance ala2 exotic tu... & kalau duduk dalam...memang dia bagi bantal yang banyak...sedapnyerrrr klu nk tido lepas buka ni..tambah pulak dia pasang lagu jazz bukan lagu bali...seb baik bukan...x berapa nak minat lagu2 bali tu...hehehe

tempat ni yang bestnya xleh nak booking weekend...terpaksa lah pergi awal takut penuh...kitorang sampai sana pukul 6.30 ...pusing2 kat situ....and kitorang masuk pukul 7 cun cun meja pun penuh....

rambut yang berejam2 nak buat
bantal dia mmg banyak
barley & lime
cekodok & cincau on the house
satey lilit serai....one of my fav dish
cara makan yang agak x senonoh
sup ekor yang sangat2 sedapppp...nyummehhh
main menu of the day ....ayam dier setengah ekor oiiii....jenuh nak perabih


Yang paling best...punya lah banyak yang kitorang order sampaikan waiter yang amik order tu risau "boleh habis ke ni?" tak tau perut masing2 cam perut dinasour...bila habis makan dia cakap "ooo, habis jugak rupanya" memang kelakar...harga dia not bad for 5 dishes yang dimakan oleh 2 org yang kebulur....RM150++




Wednesday, August 17, 2011

Kahwin 2 Serentak?!!!!!!

Lelaki memang power kalau berjaya berpoligami tanpa berlakunya peristiwa pinggan terbang seiring dengannya. Kalau anda rasa lelaki di bawah ini sangat beruntung, maklumla, dia memang idola kat Malaysia ni, errr yang kanan tu yer...

SY...I Followwww..........

Anda akan lebih kagum dengan lelaki ini....


Taraaaaa.........

Lelaki yang berjaya kawin 2 serentak dan kedua2nya adalah kembar!!! shit....
Alasan...sebab tak tau nak pilih yang mana satu, so dia kawin je dua-dua...
Part paling best katanya....3 hari dengan bini 1...3 hari dengan bini 2....lagi sehari...tidur tiga2 orang....
Hahahahah...yang ada wild imagination tentu anda dah terbayang2 apa yang diorang lakukan kan...ok keep it to yourself....
Bravo!!!!

Monday, August 15, 2011

Toleransi Islam Dalam Negara Pelbagai Bangsa dan Agama

Semenjak dua menjak ni, makin banyak isu tentang agama, bangsa diungkit...kadang-kadang sampai tahap yang menakutkan...

Percayalah bahawa negara pelbagai bangsa macam Malaysia ni memang susah nak kawal isu-isu macam ni....

Contohnya, isu murtad yang hebat diperkatakan sekarang ni...kalau tak silap aku la kan..isu ni pernah dikorek dan ditelanjang dalam mastika sejak aku sekolah lagi...so kira-kira 10 tahun lepas...heran aku sampai sekarang ni baru nak heboh....nampak sangat nak dipolitikkan....sedangkan sebelum ni...kenapa ramai yang buat x endah je tentang isu ni? x cukup bahan bukti kah? 10 tahun tu...kalau kata betullah gereja nak murtadkan orang..rasa-rasanyalah...dah berapa ramai orang yang murtad? dan kenapa orang Islam nak salahkan gereja dalam hal ni..aku rasa tak patut....

Sedangkan orang Islam sendiri yang patut bertanggungjawab dengan penganut kita sendiri malah memang diajar untuk berbuat baik pada orang yang bukan Islam sekalipun...aku masih ingat kisah nabi kita menyuap makanan pada pengemis kafir yang buta walaupun dicerca...sedangkan nabi sendiri mengajar kita untuk menarik mereka memeluk agama kita menggunakan kecantikan dalam perbuatan kita ...dan bukannya dengan menghunus pedang di leher.......

Aku rasa itulah sebenar-benar keindahan Islam...bukan nak menyalahkan orang lain sebab mereka membantu penganut kita...kita masing2 ada saham dalam hal ni sebab masing2 berkemampuan membantu saudara kita tapi kita tak bantu...kerja nak menyalahkan orang je....dan tak hairan kalau ada diantara yang dibantu itu terbuka hati untuk memeluk agama yang 'baik' terhadap mereka...sama sahaja seperti penganut agama lain yang terbuka hati memeluk Islam selepas melihat keindahan Islam...

Untuk negara yang berbilang bangsa dan agama di Malaysia...aku rasa, perangai sebilangan orang Islam yang melatah dalam isu ni menampakkan orang Islam ni seperti 'anti' dengan agama lain dan tidak menghormati mereka...adakah dengan cara itu kita akan mampu menarik 'mereka' memperlihatkan keindahan Islam atau membuatkan mereka semakin menjauhi 'kita'?

Sepatutnya kita yang berada dalam kasut mereka...kita yang membantu mereka dalam kesusahan...bukan menyalahkan mereka atas ketidakmampuan kita. mungkin ada yang menyatakan iman mereka yang menerima pertolongan dari gereja itu yang tidak kuat malah bersifat kebendaan...apakah kita ada hak bersuara sedemikian rupa, sedangkan kita tidak berada di tempat mereka...kita tidak faham akan kesusahan mereka dan bagaimana layanan kita terhadap mereka......

Pada fahamanku, kita bukanlah agama yang miskin...malah kita mampu....lihat sahaja jumlah kutipan zakat di negara kita yang memcecah berjuta-juta ringgit dalam tahun ini sahaja...belum termasuk pertolongan persendirian dan individu.....sebab kita semua..yang bergelar Islam ada saham dalam setiap yang terjadi pada saudara kita....bukan hanya terletak pada Pusat Zakat sahaja....

Isu perkauman dan agama kini semakin membakar penganut agama lain sekiranya kita tidak mahu bertoleransi...benar, kita harus mempertahankan agama kita...tetapi pilihlah jalan yang cantik yang mampu mencantikkan kita di mata mereka daripada memilih jalan yang menyebabkan mereka menjauhi kita.....

Islam itu indah....

Kenapa perlu takut

Sepanjang 26 tahun hidup, setiap peringkat umur aku akan merasa takut untuk melangkah peringkat seterusnya...mungkin kerana aku sangat selesa dengan keadaan aku sebelum itu...maka setiap perubahan itu akan merubah corak kehidupan yang tidak diketahui samada aku akan menyukainya ataupun tidak...

Seperti sekarang........umur seperti aku akan sentiasa dibelengu persoalan bila akan mendirikan rumah tangga....sumpah aku takut....mungkin  takut pada realiti...mungkin takut pada bayang-bayang dan imaginasi aku sendiri........

Mungkin juga perangai aku yang sentiasa sukakan keadaan yang 'perfect' dan bersedia untuk menghadapi sebarang perubahan....

Kahwin...peringkat usia seperti aku...kahwin adalah fenomena biasa, terlalu normal.....tapi kenapa aku takut?

Aku cukup takut dengan perkataan kahwin itu sendiri...melambangkan komitmen yang sangat tinggi....
mampukah aku untuk menjaga orang lain selain diri aku sendiri?........
bagaimanakah sekiranya perkahwinan itu dilanda masalah? penceraian?
bagaimanakah sekiranya pilihan aku tidak tepat......berubah setelah berkahwin?
bagaimanakah pula dari segi kewangan? mampukah untuk menanggung sebuah keluarga?
bagaimana pula dengan keadaan fizikal aku yang tidak sekuat orang normal?

Sekeliling aku dipenuhi dengan pelbagai cerita kesedihan dan kepahitan berumah-tangga mahupun hubungan percintaan. Mereka yang dibohongi, mereka yang dikhianati.....sedangkan mereka lebih normal dari aku.....aku takut akan itu sekiranya terjadi..........apakah benar pilihan aku....terus terang, sebanyak mana teori yang wujud mengenai percintaan, perhubungan dan perkahwinan dalam dunia ni, tidak satu pun yang benar2 boleh dipercayai, tepat...semuanya sekadar teori....mungkin diwujudkan untuk melepaskan geram, mungkin diwujudkan untuk menyedapkan hati....sedangkan realiti, seorang manusia itu akan sentiasa berubah...tanpa disangka....

Percayalah, semuanya hanya sekadar teori..... 

Jadi, untuk melangkah ke peringkat seterusnya, setakut dan serisau mana pun aku, melangkahlah dengan yakin.........kerana selagi kita takut untuk kehadapan....kita bukan sahaja tidak maju tetapi akan berada dalam kerugian kerana kita tidak akan melalui liku kehidupan .sedangkan umur meningkat...kita akan sentiasa berada di takuk lama..........

Buat masa ni, aku berpegang kepada nikmatilah kebahagiaan yang ada depan mata sekarang....jangan fikir benda yang belum terjadi.....sekiranya pasangan belum curang...jangan fikirkan bahawa dia akan curang...kerana kita tak akan terfikir suatu hari nanti mungkin kita yang akan tergamak untuk menyakiti dia yang kita sayang hari ini......

Sekiranya ada kelemahan.......aku lebih selesa beritahu semuanya pada dia..aku lebih bahagia mengetahui dia dapat menerima semua sifat yang ada daripada sorok perkara sebenar dan membiarkan dia menerima aku yang hanya 'cantik' pada pandangan matanya....sebagaimana dia telus dengan aku akan keburukan dia maka setelus itulah aku dengan perangai aku padanya...biar dia sedia dan faham dengan apa yang akan dia hadapi kemudian hari...

Perangai aku memang aku tak akan berubah semata-mata mengharapkan dia menerima aku....aku x rajin make-up maka dengan dia pun aku hanya make-up bila aku ada mood.....sedangkan aku tahu dia suka memandang wanita bermake-up tebal....aku memang x kontrol makan maka, dalam hubungan kami juga aku x pernah menjaga badan......

Dia juga tahu penyakit yang aku hadapi dari awal dan dia terima keadaan aku...itu yang paling penting...

Dan berdoalah...dia akan bersama sehingga akhir........sekiranya tidak...aku sentiasa bersedia menghadapi kemungkinan itu terjadi....maka aku akan memastikan aku redha....

Wallahua'lam....

p/s: entry ini hanyalah sekadar peringatan supaya aku jangan nak pk macam2 sangat....mungkin jugak sebab aku dilanda sindrom pms...fak u pms...huhuhu......

Thursday, August 11, 2011

Jangek

Jangek...Benda apa tu? 1st time dengar lauk nama Jangek ni kan? 

Jangek ni makanan orang negeri 9...dah diiktiraf esotik sebab tak ramai yang masak jangek ni...punya la esotik sampai google pon x jumpa cara nak buat jangek ni.....even my mum pon 1st time merasa seumur hidup dia....jangek ni gulai lemak cili api yang dimasak dengan kulit kebau yang disalai dan diperam beberapa hari...aiyooo susah gila proses nak buat ni ha...

Dan semakin dipopularkan sebab few days after dapat makan jangek ni, dia dah komersialkan kat TV3..cuma yang kat Tv3 tu dia guna kulit lembu...

Rasa dia lembut...bentuk dia macam perut lembu...pedas toksah nak kata la...nama pun gulai lemak cili api nogori yoooo!!! sediakan tisu sebelum makan k..

Bukan gambar sebenar, gabar ini telah diciluk dr Mr Google...x sempat nak snap sebab jangek tu sedap giler, baru nak snap dah habis...huhu

Wednesday, August 10, 2011

Patah Tangan

Huwaaaaaaa...makkkk...aku blom kawennnnnnn!!!!!

Adoi....macam2 dugaan betul tuhan nak bagi kat aku...tahun ni jer dah dua kali masuk hospital surgery....SURGERY tawwwwww.....banyak la bekas2 parut kat badan aku ni.....aku memang x suka surgery tambah lain bila dia bagi ubat bius bagi pengsan...macam nak mati rasanya...

Ni tangan patah pulak...aku tak boleh bagitau sebab kejadian nanti aku nangis...sumpah aku tak join BERSIH 2.0...aku masih terngiang-ngiang bunyik *prakkk...aku dah dapat rasa tangan aku dah patah...tapi sebab x sakit dan aku tak mau terima kenyataan, so xder la aku pegi check sampai balik dari perhentian...kira 3 minggu jugaklah aku hidup dengan tangan patah tu...dan bertambah yakin patah sebab aku x boleh pegang pakai tangan kanan untuk tarik diri aku masuk dalam bot.


5 hari la jugak aku terpaksa berlampung dekat Ampang Puteri ..macam biasa kena masuk darah 2 pin dulu baru boleh surgery....

Bermulalah kehidupan yang menyiksakan hidup tanpa tangan kanan...paling sakit bukan after surgery tapi bila tangan aku mula bengkak disebabkan bandage...tanganku separa simen...sebab dah buat surgery...



Ni memang super sakit sampai x sempat jumpa doktor aku dak bukak sendiri bandage tu....lepas bukak rasanya dia merekah pulak, so kulit mula menggelupas teruk..



Lepas mandi boleh nampak kulit yang merekah tu mengembang macam nasik n boleh kikis...
Lepas bukak bandage tu barulah tau panjang mana jahitan kat tangan tu....mau la jugak meraung seminggu....maklum la perempuan, bukan macho pon kalau ada parut panjang2 ni....nampak skit parut dah nangis..nampak je dah nangis....


Nasib baik la jahitan dia tak bergerigi macam railway....senonoh la jugak dia jahit....so sekarang ni kene tunggu benang dia reput je...klu x gatal jer nak tarik2 benang tu...untuk hilangkan bekas2 hitam tu...aku sapu aloe vera...

 Ibu jari dan jari telunjukku masih kebas....dan tangan masih keras tak boleh pusing, terpaksalah makan dengan tangan kiri dan terpaksa pakai sudu...drive pon x berani lagi...huhu...cepatlah baik tangankuuu..aku merinduimu

Tuesday, August 9, 2011

Iftar Episode I

Iftar tu sama dengan bukak puasa....saja nak poyos tulis Iftar...
Macam biasa every Saturday is a movie day bg me & Mr me...hahha..kang tulis bf je ader yang muntah darah plak....so panggil Mr me je la..


Since kitorang kuar awal, pukul 3, kitorang hang-out kat Pavi dulu, menghabiskan masa...sambil2 tgk kot ada stok Naked Pallet kat Sephora, stress tunggu dia ada stok, mmg over rated. That day, ntah macam mana aku semangat make-up bagai...klu tak, aku lagi suka keluar dengan muka amoi aku tu je....hahaha malas.

Yang bestnyer...sajer je la aku pos kat FB... captian - Man dengan Amber Chia...kawan aku si Mamiko boleh pulak percaya...hahahaha..taraf Amber Chia la aku...

muka amoi
dah make-up...ader macam Amber Chia tak?


hahahaha...sorry...sekali-sekala best gak ader org puji walopun x straight forward
So, last Saturday was our 1st Iftar together...hari2 biasa makan kat rumah masing2 je...
Dia bawak makan dekat Tupai-tupai. Quite famous kan tempat ni, tapi 1st time sampai...very kemelayuan...dengan banggunan kayu & interior dia yang kelam2 tu....
Tempat ni kene booking dulu untuk pastikan anda x menyesal sebab superb ramai okey...no wonder sebab buffet dia mmg banyak gila makanan - traditional, western, chinese..u named it semua ada...

laksa maksa semua kat sini, mee kari n sup2 pon ada
western
Malay & Chinese cuisine


Tapi AWAS!!!!
Awas
Awas
Awas
Gerak langkahmu..ooo..
Tempat ni kalau membazir kena bayar tau...kalau x silap 100gm RM10...huhuhu..tapi perut macam I memang no hal lahhh...


Sila rujuk gambar makanan di atas...agak2 berapa orang yang makan tu? Mesti dengan yakin korang jawab dua kan...walaupun bg yang tau I minum banyak sebab gelas atas tu ada 3....SALAH!!!

Jawapannya adalah.................... sorang!!! I sorang je makan banyak tu...maka percayalah bahawa kalau korang ada awek cam I mesti x rugi punya bawak makan buffet2 ni.....HAHAHAH (gelak setan)

Makanan yang I rasa paling sedap kat situ, kambing bakar, spaghetti, kerabu mangga &perut, dan tempoyak...semua fav tuuuuuu....

Laksa, sup2 semua x makan sebab dah terlampau kenyang....Harga per person RM42/- sahaja...not bad kan...

Than lepas tu kitorang g tgk citer Planet of The Apes...Mr Me suka sangat xtaw sebab apa...siap buat research segala bagai...than lepas tengok I rasa citer tu mmg best....tengoklah kalau rajin nak wat entry pasal citer tu k...cya...chowww

Peringatan : saper2 yang makan dekat Tupai2 kemungkinan besar akan menjadi seperti ini lepas berbuka....hehehe


Friday, August 5, 2011

T-Shirt Harimau Malaya Auummmm

1st T-shirt Harimau Malayaku....huwaaaaaaaaa..chantek x chantek x
Hahahahaha...excitednya dapat T-shirt ni, ada org belanja.....1st t-shirt untuk menunjukkan support kat team Harimau Malaya macam aku gler bola je...kuikui

Unikkan design dier, klu orang len pakai jersi...aku pakai t-shirt ni......I'm wayyyy cool..........so let's see the details....
front
back

tag
Harimau Malaya II designed by Aedestrix and u guys can get it online from facebook.com/reigninblack. Harga  RM50 jerrwwww.

p/s : wahhh semenjak Harimau Malaya dah femes...dah lawan untuk World Cup semua support yer...sampai maki2 Singapore sumer...time x femes dulu Safiq Rahim tu salam aku, bley plak tanya tu sapa? cehhhh...

Anyways, diorang femes ke tak, I wont go to the Stadium ...everrrr...sampai rakyat kita civilize ...klu x jadilah macam mamat ni...buta kena mercun...buduh punya spectators ...

Gambar diciluk dari Berita Harian online