Friday, March 29, 2013

Anak

whats wrong with being happily married & no anak?

Please people...having anak its not the only thing that u think about after being married...izit a sin anyway? I thought anak is rezki that's given by god....not like u have sex once and walla...there a anak inside u....

seriously... aku heran kenapa org lain lagi eager nak anak aku dari aku....no, not even my mom never ever pop the question....

ada rezki ada la....xda nak buat macam mana? ingat lepas kawen boleh have sex 5 times a day just untuk buat anak? hahah....

yo seriously we tried but no rezki and stop asking that question....aiya u guys...hobby eh?? or u just dont know what to ask when we meet and thats the only question that pop in your bloody head?




Thursday, March 28, 2013

Restoran Tanjung Tualang Prawn House Damansara

TQ Ida Mamiko belanja.... ni yg rasa macam nak keje Maybank ni...bonus banyak..hahah
arrr...tiutnyer anak ketam ni...sian dier kene goreng

Salted Egg Crab - YPDD favourit menu

Tuesday, March 26, 2013

Mushirama - My Very 1st Documentary

Hari ini dalam sejarah. 
RTM 1 jam 4 petang tadi tersiar dokumentari pertama ai **clap clap.
Kudos buat Sesary Pictures Sdn Bhd sebab kasi can aku tulis doku.
Mushirama adalah gabungan Mushi - serangga (Japanese) dan Rama - rama-rama (BM).
Doku hasil kerjasama 2 negara, Malaysia & Jepun.
Director dia En Reza (which i solute sebab dia mmg terer dalam Dokumentari making & he's a good bos). He's most proud Doku setakat ni VAT 69 yg pernah ditayangkan dalam History Channel. He did the writings, researching, directing & editing which makes me sebenarnya tumpang glemer jer la. And more to come.
This is one of the reason why i really love my job. To meet all these interesting people yang ada vision & mission yang tersendiri. 

P/S : muka abg reza ni macam penyanyi Saleem. hehe.

the team & the orang asli


Smokey pink


Sorry la aku x amik gambar close-up..kueng kueng...
Eyeshadow -  Missrose

Brushes : Sedona
Face Primer : Laura Mercier for dry skin
Foundation :  BareMinerals (code light W15)
Concealer : Clinique (code 03 light)
Eyeshadow : Missrose & Naked palleteEyeliner : Maybelline gel liner
Brows : Naked I
Blush : Beauty powder by MAC
Lipstick : Lipgloss from Maybelline (shade unknown)
Mascara : Maybelline -cat eyes & the falsies

Monday, March 25, 2013

Kelip-kelip & Cendol Bakar

Kalau cakap pasal kelip2, mesti automatik kita akan terpikir 'kelip-kelip ku sangka api, kalau api mana sumbunya'. something macam tu la kan...which kadang-kadang sangat irritating sebab mesti lupa ayat seterusnya....

So, as usual my mum kalau datang KL mesti dia akan fikir macam2 activity untuk cucu2 dia....

Kali ni dia nak bawak pegi tgk kelip-kelip pulak....so bermulalah journey ke Kuala Selangor...

Lepas letak makanan penuh2 utk Hime agar dia x kebulur, bermulalah perjalanan ke K. Selangor.

Lama jugak perjalanan nak ke K.Selangor. 1jam lebih dr Melati. X masuk acara sesat menyesat lagi. Ntah apa masalah GPS bawak kitorang g De Palma, Shah Alam. Halo, De Palma K. Selangorlah hokey!

Dalam perjalanan tu tiba-tiba sampai lah satu tempat ni yang penuh dengan kereta parking tepi jalan. Man cakap dah macam Sure Heboh dah. Punya ramai orang. Kami pun memanjangkan leher kami nak tengok ada apa kat situ. Meriah ok! 

Cendol Bakar!

Terpaksa berhenti. Sebab kemeriahannya sangat-sangat tempting. 



Cendol Bakar - nama datuk dia Bakar, & dia pakai cendol gula merah yang dibakar dulu

Siap ada drive -thru lagik....huhuhu

Kat situ bukan cendol bakar je tapi ada gerai-gerai lain yang jual macam-macam jenis makanan. Antara yang kami try ni gambar bawah ni. Semua sedap! serius x tipu especially Laksa Meletop dia. Sampai balik dari K. Selangor pun kitorang tapau lagi 2 bawak balik.

Rojak

Mee Kari

Cendol Bakar Tapai Pulut

Laksa Meletop! 5 bintang



kereta yang beratur masuk drive-thru. siap ada RELA jaga.
Patutlah ramai orang. Dah femes rupanya. Member cakap dah pernah masuk JJCM dengan Meletop. Mana aku tau. 

Lepas dah kenyang tahap dewata raya, kami terus check in kat De Palma, K. Selangor. Tempat dia ok lah. Janji boleh tidur. RM120++ semalam.

De Palma K. Selangor

Disebabkan aircond x rasa terpaksa tolak katil bawah aircond
 Tempat kelip-kelip tu 15 minit drive dari De Palma. Tiket masuk dah naik harga. Kalau dulu RM40, sekarang RM50 satu bot. Aku rasa kan, since yang datang ramai foreigner, sepatutnya tiket utk foreigner tu dia boleh upkan sikit & harga local dia patut murahkan sikit. Apalah sangat RM50 tu untuk orang-orang Jepun ni. Sedangkan tiket wayang dia pun RM50 hengget sorang *dah convert duit Malaysia.

 Satu bot boleh muat 4 orang. Dan dia pakai bot kayuh, without engine. Sebabnya kalau ada asap bot tu kelip-kelip lari, kata pakcik kayuh bot tu. So, pakcik tu kan kayuh pelan-pelan sepanjang sungai tu.

Fuh, nampak kelip-kelip tu rasa macam dekat alam ajaib.haha. Nampak macam tempat tu penuh chrismas tree.

Kelip-kelip ni dia lepak kat 1 jenis pokok je, Pokok Berembang.

Kebetulan pulak time kitorang pegi tu Earth Hour. Konon cam support Earth Hour la kan. huhu.


Kelip-kelip

Walaupun banyak, tetapi cubaan nak menangkap gambar tu x berjaya....rasanya 30% je kelip-kelip tu nampak dalam gambar ni. huhuhu. Kalau nak tengok, kena lah pegi sendiri.

Imagine, makin moden makin kita miskin. Miskin dengan benda-benda yang meyeronokkan. Dulu time kecik-kecik, rilek je tangkap kelip-kelip dalam bilik. Maklumlah rumah kami dulu dalam kebun getah. Ulaq ngan monyet pon banyak. 'Lepas ni agaknya kalau nak tengok kambing pon kena g zoo', bak kata Kekly. Budak-budak zaman sekarang dah x rasa dah keseronokan macam kita kecik-kecik dulu.

P/S : x puas hati betul sebab pakcik tu kayuh dekat sangat. 30 minit rasa macam 5 minit je.

Wednesday, March 20, 2013

Isteri, writer dan dot dot dot

jadi isteri dan writer serentak adalah tidak mudah ok.....

1. ko keje kat rumah....sambil keje sambil otak merewang - hari ni nak masak apa, nak kemas, nak membasuh, baju blum sidai, baju keje laki lom gosok bla bla....huh..its easier when u are working in the office where u can concentrate. weih, bila skrip aku nak siap la camni.

2. your niece or ur in laws ada anak sekolah yang berdekatan rumah - "can u please pick them up?" huhuhu...nervous. not that u cant but when ur a writer like me, u'll like a doctor, 24-7 ready to shot at any locations u are needed and usually there's always an urgent meeting, urgent this and urgent that.

3. ur cat is always making himself comfortable sitting on the lappy esp when u are working.

4. being mostly at home, my hubby tend to let me do all the house work. and he usually forgot what he should do. **fiy, we do split house whole cores at our early stages of marriage.

5. your friends think u have plenty of time to waste with all sort of ridiculous activity during office hour since you are not working in an OFFICE and that u dont have to punch card or something.

and i dont even have kids yet @______@

Cant anyone see that I AM WORKING though I'm at home???? please, my time is precious too u know coz i have pay my own bill..hello

Monday, March 18, 2013

3 minutes Smokey Eyes

We went to Muara Ikan Bakar in Port Klang for mummy's birthday. Another 'makan besar' day for us...2 days in a row....

The pari bakar is to die for....
Slightly smokey eyes for dinner by the beach...
Brushes : Sedona
Face Primer : Laura Mercier for dry skin
Foundation :  BareMinerals (code light W15)
Concealer : Clinique (code 03 light)
Eyeshadow : -none-
Highlight : MAC (extra dimension eyeshadow in young venus)
Brows : Naked I
Blush : Sleek Blush By 3 Lace
Lipstick : Lip butter from Revlon in Sugar Plum
Mascara : Maybelline -cat eyes & the falsies
This is how i achieved smokey eyes - black eyeliner with smudger at the other end.
My favourite lip butter from Revlon


Me, having chatime for 'alas perut'




Birthday girl

The Family

Saturday, March 16, 2013

Delucca


I decide to put on some make-up today, and do something different than my usual. So this is the result *I've never wore orange lips before..

Dress is from Chatuchak

Tadaaaa...what u guys think? suits me? No?

Brushes : Sedona
Face Primer : Laura Mercier for dry skin
Foundation :  BareMinerals (code light W15)
Concealer : Clinique (code 03 light)
Eyeshadow : Naked I (not included in the pic)
Highlight : MAC (extra dimension eyeshadow in young venus)
Brows : Naked I
Blush : Sleek Blush By 3 Lace
Lipstick : MAC sheer mandarin
Mascara : Maybelline -cat eyes & the falsies
And here's some of the photos of what we had for dinner..believe me its delicious...enjoy !!

#crostini


baby octopus salad

#Anatra - duck comfit
Bulls cheek





Monday, March 11, 2013

I Miss U Too

Wah...girang gembira seharian dapat unexpected gift ni....I ♥♥♥ u lots..mwahhhh....cair terus ni...

P/s : buat la slalu2....ngegegeg

Sunday, March 10, 2013

Operasi Mencari Awek Hime J. McClane

Semalam boring2, ajak mama & abah g cari awek untuk Hime J. McClane (haish syok betul sebut nama dia)...memandangkan dia dok main sorang-sorang kat rumah...kesian jugak.....klu ada awek boleh dia main2.....

So, since abah pun minat kucing, kami pun mula la pencarian kucing pedigree - means kucing ni ada cert CFA ** boleh check website ni http://www.cfainc.org/

Nah ni pulak senarai breed kucing paling famous di dunia :


2012 Most Popular Cats
1. Persian
2. Exotic
3. Maine Coon
4. Ragdoll
5. Abyssinian
6. Sphynx
7. American Shorthair
8. British Shorthair
9. Siamese
10. Devon Rex

Jauh perjalanan mencari awek untuk Hime. Sampai sesat2 di Sepang mencari vet milik Rahim Ariffin. Antara breeder persian yang famous dalam fesbuk. Boleh cari beliau di http://www.facebook.com/rahim.ariffin.39.

Katanya samapi 50 ekor kucing persian dia bela...semua export dari luar...sampai harga pun cecah puluh-puluh ribu....perghhh....breeder tegar ni....punya femes la dia ni di kalangan penggemar kucing sampaikan bila dia pos je gambar anak kucing yang available, terus orang sambar....

Anak kucing beliau tinggal sekor je yang ada cert CFA ni - Himalayan Persian. Antara tips nak tau kualiti Himalayan Persian ni point dia kaler terang & mata biru.....

Harga baby ni boleh tahan, RM3300 - nak booking RM1000. Aiyaaa....berganda2 harge Hime ni...canna....

Balik pikir dulu...hahhahaha

Friday, March 8, 2013

Kelas kelaz

Dah tua2 ni nak kelas apa lagi.....huwahuwaa......ni bukan kelas sambung Master or PHD....ni kelas syok sendiri k....

Sekarang ni aku ada 2 addiction......menulis & make-up....

Aku sedang giat cemerlang cuba nak mendalami ilmu kedua-dua bidang ni......so aku dah start join banyak kelas utk kedua-duanya.....ikot kemampuan aku lah...yang mahal2 belum mampu....ni bukan zaman student...FAMA tolong bayar......

1st kelas make-up yang aku attend ialah kelas Suhaib Daud....make-up artis dari Melaka...yang selebihnya aku belajar kat youtube jer.....bukan aku nak buat proffesion...saja suka2 mengisi masa lapang......

Sifu Suhaib Daud...lawa kening...

Untuk kelas menulis....ini memang proffesion aku......aku memang teringin sangat nak tulis drama.....huhu.....kelas pertama aku & kedua...**sebenarnya bukan kelas pun....lebih pada sharing session dengan senior2 dalam bidang ni.......dan sekarang group ni dah tubuhkan PENULIS...dengan harapan gerakan ni lebih membantu daripada SWAM.....

dengan Zabidi Mohamed.....penulis drama tersohor....
dan ini adalah bengkel rasmi penulisan anjuran DBP bulan April ni....x sabarnya.....sebab speaker dia adalah penulis yang femes- korang masih ingat Tiz Zakiyah femes drama apa? Nur Kasih laaa.... :)
Surat Bengkel Penulisan Skrip anjuran DBP

Thursday, March 7, 2013

Yang Sunyi

Sunyi sebenarnya hidup berkahwin ni....pelik ke? Ntahlah
Maybe sebab kalau nak tengok muka dia....x payah keluar kot....
Dulu kalau nak tengok kena keluar dating...ni bangun, g keje, balik, makan, minum, tidur mesti ada muka dia.....
Aiyaaa...baru 2 bulan kot kawen aku dah rasa macam ni....
Ke sebab rumah ni besar sangat....sampai 5 bilik...duduk berdua je...bertiga kalau campo anak kucing....
Ke sebab rumah xder ASTRO....klu dulu boring2 boleh tgk ASTRO.....skang ni harap WIFI MAXIS ni jer la......
Nasib la keje....bleh gak klua jumpa orang....agaknya klu x keje mesti rasa lagi sunyi...
Sunyi sampai rasa macam xnak balik rumah...rasa happy lagi spend time kat ofis.....haishhh....x boleh jadi ni.....ntah2 sebab tu laki slalu suka spend time kat ofis....agaknya camnilah perasaan diorang kot....
Kenapa lah aku rasa sunyi sangat2 ni semenjak dua menjak ni....padahal aku mmg loner pon....suka duduk sorang2...pelik pelik.....cuba korang jawab persoalan ni...kenapa aku sunyi??? ahaksss....

Monday, March 4, 2013

Income RM6000


Sejak 2 menjak ni ramai pulak yang share artikel ni...meh nak try kira kalau RM6000 cukup tak untuk aku & hubby...


Liabiliti
KWSP = tidak diketahui
Sewa rumah - RM1200
Kereta - RM1000 (kereta hubby) + RM600 (kereta bini) = RM1600
Api & Air - RM300
Petrol - (RM10 x 2kereta) x 30hari = RM600

Makanan & Perbelanjaan
Makan - 2kali sehari(RM20 x 2orang ) x 30hari = RM2400
Insuran = RM200
ASB = RM1000
Toiletries = RM200
Dobi = RM100
Kucing (vet+makan)= RM100
Entertainment (melancong + wayang) = RM200

Tak termasuk shopping = RM7900....bahahahahha.....meme x cukup ahhh ...maka impian aku nak jadi suri rumah x berjaya.....cehhh


Saturday, March 2, 2013

Weddings Everywhere

Arghhhh....letih letih.......tapi letih lagi my driver aka my hubby ler....
Sempena BFF wedding ni semangat sikit nak g cari baju ikut te,a warna which is Coral Green....ntah aku pun xtaw kaler apakah itu....huwahuwa.....
Hunting punya hunting sampai 2 hari aku meng'hunting' baju...Khamis & Jumaat.....** dalam kepala mmg Pavi & KLCC jer la......malas la nak g PERTAMA and area2 SOGO tu....bunuh diri je nak cari parking....

Ini lah hasil hunting aku.....and my fav is the green dress.....

Wedding Lutra & Redza Boban


My favourite dress - combination of long dress and a sequin dress - both from Forever 21


this is how the actual dress looks like

Wedding Am & Wife