Monday, January 30, 2012

One Step Closer


Umur macam aku ni, 'bila nak kawen' tu dah macam soklan wajib semua org nak tanya.....kecuali org tu xtaw umur aku (muka aku kan macam budak2 high school lagi....muahahahahaha).....kadang2 dah naik muak nak jawab,"ko tanya tuhan jer la, dia jer yang tau jodoh aku bila" boleh x jawab gitew??? ahaks........

Nway, sapa yang x teringin yer dak??? Ntahlah........ke'teringinan' aku ni rasanya bukan sebab aku sendiri kot....sebab aku memang ske duduk sorang2 cam sekarang...rileks, boleh buat apa aku suka, xder tanggungjawab.........so, it's more to disebabkan 'budaya' kalau duduk kat Malaysia ni, dilahirkan - masuk sek tadika - sekolah rendah - sekolah menengah - matrik - universiti - kerja - bercinta -kawen - beranak - mati . Setakat ni aku belum  tertinggal mana-mana stage yang disebutkan. Semua mengikut aliran yang sepatutnya. So, kawen pon ada dalam stage tersebut yang terpaksa aku lalui sebagai seorang manusia 'normal'. Normal lah sangat ko kan.....cuma yang tak berapa normal kerja aku bukan bergaji tetap tiap2 bulan sebab org kat Malaysia ni (termasuklah parents aku), kerja bergaji tetap itu adalah normal.



So, disebabkan nak ikut aliran 'normal' itu, adat merisik tu dah dijalankan bulan Januari ikot kehendak mak aku yang sebenarnya x di'planning' pon. Sebab planning nak senang jer. Tunang n terus nikah. Mak aku lak nak confirmation supaya dia senang nak plan apa2 yang sepatutnya. So, merisik tu sort of confirmation la (yeay.....i'm not actually a loser...ada gak org nak kat aku.....muahahhaha)...even tunang pun sebenarnya aku xnak, tp Hazman plak nak rasa 'perasaan' bertunang ikot adat, so ikutkan jer la. Klu ikot aku nak akad jer boleh tak? hahahaha...in your dreams.

Budaya Melayu memang mementingkan perasaan orang - so ikotkan jer la. (semua yang komplen2 kawen xyah buat besar-besaran, membazir segala bagai, goodluck la nak convince mak bapak korang k) hahahhahahaha..........I'm not complaining la..since kawen pon sekali seumur hidup kan (hopefully la).memang kita nak semua pihak puas hati....just that in my mind sebenarnya nak buat majlis sweet & simple jer (majlis biar kecik2, sebab aku nak baju grand2......muahahaha)......nampaknya x kesampaian la.........

So, maksudnya tahun 2012 ni, sepanjang tahun, masa akan dihabiskan untuk planning wedding hujung tahun.....hopefully jantung aku kuat nak handle semua.......unless tiba-tiba ada duit jatuh dari langit......hihihi...gudluck Mimi Haris.