Showing posts with label kucing. Show all posts
Showing posts with label kucing. Show all posts

Sunday, March 10, 2013

Operasi Mencari Awek Hime J. McClane

Semalam boring2, ajak mama & abah g cari awek untuk Hime J. McClane (haish syok betul sebut nama dia)...memandangkan dia dok main sorang-sorang kat rumah...kesian jugak.....klu ada awek boleh dia main2.....

So, since abah pun minat kucing, kami pun mula la pencarian kucing pedigree - means kucing ni ada cert CFA ** boleh check website ni http://www.cfainc.org/

Nah ni pulak senarai breed kucing paling famous di dunia :


2012 Most Popular Cats
1. Persian
2. Exotic
3. Maine Coon
4. Ragdoll
5. Abyssinian
6. Sphynx
7. American Shorthair
8. British Shorthair
9. Siamese
10. Devon Rex

Jauh perjalanan mencari awek untuk Hime. Sampai sesat2 di Sepang mencari vet milik Rahim Ariffin. Antara breeder persian yang famous dalam fesbuk. Boleh cari beliau di http://www.facebook.com/rahim.ariffin.39.

Katanya samapi 50 ekor kucing persian dia bela...semua export dari luar...sampai harga pun cecah puluh-puluh ribu....perghhh....breeder tegar ni....punya femes la dia ni di kalangan penggemar kucing sampaikan bila dia pos je gambar anak kucing yang available, terus orang sambar....

Anak kucing beliau tinggal sekor je yang ada cert CFA ni - Himalayan Persian. Antara tips nak tau kualiti Himalayan Persian ni point dia kaler terang & mata biru.....

Harga baby ni boleh tahan, RM3300 - nak booking RM1000. Aiyaaa....berganda2 harge Hime ni...canna....

Balik pikir dulu...hahhahaha

Wednesday, February 27, 2013

Hime 1st Toilet Train

Hari ni aku cuba nak train Hime untuk guna toilet dia dengan cara yang betul...toilet dia ni ada pintu yang patutnya dia boleh tolak untuk keluar masuk...boleh la halang dari bau2an yang x menyenangkan tu....tapi 1st time kitorang tutup pintu tu...dia kencing rata2 sebab x pandai masuk dalam toilet dia....so sejak tu pintu tu mmg kitorang biarkan terbukak....

Dah sebulan, ingatkan dia dah cukup kuat nak tolak pintu toilet tu.....so aku ingat nak ajar dia....rupanya bila letak kat dalam dia x pandai nak keluar....mengiau la dia dalam tu 10 minit...isk isk....

Hime yang terkurung dalam toilet sendiri
Lepas 10 minit
Lepas 10 minit dia dapat jugak keluar...tapi nak masuk kencing x pandai jugak....terpaksa la bukak jugak toilet dia dan menahan bau setiap kali dia pegi toilet...haih....beli toilet mahal2 sebab ingat x bau pun x jalan....

Bila la Hime nak besaq.....

Tuesday, February 26, 2013

Hime J McClane (My 1st Pet)

3 Februari....kami ada anak baru **konon macam praktis jaga anak la kan..phuiii

Kitorang bagi nama dia Hime J McClane ....sempena Filem Die Hard....semoga dia panjang umur dan die hard jugak....hehehhhee....buat pening nurse je nak sebut nama dia

Dia ni baka DHL (Domestic Long Hair) ......murah...hahahhaha.....diimport dari Penang....anak mami dia ni....

Mula-mula sampai terus nyorok ....takut (sampai skang duduk dalam bilik je, takut nak explore rumah yang besar ni...sungguh x jantan)

Untuk mereka yang ingin bela kucing, bukan murah k...Kena stanby beribu jugak lah berabis untuk dia. 

Antara yang wajib beli bagi mereka yang baru beli kucing/bela kucing:

1. Food (Royal Canin)
2. Bekas makan
3. Bekas poopoo
4. Syampu
5. Spray kutu
6. Ubat cuci mata dan telinga
7. ketip kuku *dia pakai yang kitorang punya jer....
8. Pasir
9. Sangkar *untuk angkut dia rata-rata, g vet dll
10. Mainan

And jangan lupa bawak dia pegi vet untuk vaksin....sekali vaksin pun adala dalam RM70++

Tapi sekarang dah sampai x larat nak layan dia....asik main jer.....ingat nak beli GF sekor kat dia biar ada teman bermain.....tapi nak beli mahal sikit....American Curl ke, Scottish Fold ke....huhuhuhu.....

Baru-baru sampai...takut sampai gigil

1st Vaksin.....sampai demam...sian

Gaya tidur yang x senonoh
Dah pandai bersopan...