Sunday, March 10, 2013

Operasi Mencari Awek Hime J. McClane

Semalam boring2, ajak mama & abah g cari awek untuk Hime J. McClane (haish syok betul sebut nama dia)...memandangkan dia dok main sorang-sorang kat rumah...kesian jugak.....klu ada awek boleh dia main2.....

So, since abah pun minat kucing, kami pun mula la pencarian kucing pedigree - means kucing ni ada cert CFA ** boleh check website ni http://www.cfainc.org/

Nah ni pulak senarai breed kucing paling famous di dunia :


2012 Most Popular Cats
1. Persian
2. Exotic
3. Maine Coon
4. Ragdoll
5. Abyssinian
6. Sphynx
7. American Shorthair
8. British Shorthair
9. Siamese
10. Devon Rex

Jauh perjalanan mencari awek untuk Hime. Sampai sesat2 di Sepang mencari vet milik Rahim Ariffin. Antara breeder persian yang famous dalam fesbuk. Boleh cari beliau di http://www.facebook.com/rahim.ariffin.39.

Katanya samapi 50 ekor kucing persian dia bela...semua export dari luar...sampai harga pun cecah puluh-puluh ribu....perghhh....breeder tegar ni....punya femes la dia ni di kalangan penggemar kucing sampaikan bila dia pos je gambar anak kucing yang available, terus orang sambar....

Anak kucing beliau tinggal sekor je yang ada cert CFA ni - Himalayan Persian. Antara tips nak tau kualiti Himalayan Persian ni point dia kaler terang & mata biru.....

Harga baby ni boleh tahan, RM3300 - nak booking RM1000. Aiyaaa....berganda2 harge Hime ni...canna....

Balik pikir dulu...hahhahaha

No comments: