Monday, August 15, 2011

Kenapa perlu takut

Sepanjang 26 tahun hidup, setiap peringkat umur aku akan merasa takut untuk melangkah peringkat seterusnya...mungkin kerana aku sangat selesa dengan keadaan aku sebelum itu...maka setiap perubahan itu akan merubah corak kehidupan yang tidak diketahui samada aku akan menyukainya ataupun tidak...

Seperti sekarang........umur seperti aku akan sentiasa dibelengu persoalan bila akan mendirikan rumah tangga....sumpah aku takut....mungkin  takut pada realiti...mungkin takut pada bayang-bayang dan imaginasi aku sendiri........

Mungkin juga perangai aku yang sentiasa sukakan keadaan yang 'perfect' dan bersedia untuk menghadapi sebarang perubahan....

Kahwin...peringkat usia seperti aku...kahwin adalah fenomena biasa, terlalu normal.....tapi kenapa aku takut?

Aku cukup takut dengan perkataan kahwin itu sendiri...melambangkan komitmen yang sangat tinggi....
mampukah aku untuk menjaga orang lain selain diri aku sendiri?........
bagaimanakah sekiranya perkahwinan itu dilanda masalah? penceraian?
bagaimanakah sekiranya pilihan aku tidak tepat......berubah setelah berkahwin?
bagaimanakah pula dari segi kewangan? mampukah untuk menanggung sebuah keluarga?
bagaimana pula dengan keadaan fizikal aku yang tidak sekuat orang normal?

Sekeliling aku dipenuhi dengan pelbagai cerita kesedihan dan kepahitan berumah-tangga mahupun hubungan percintaan. Mereka yang dibohongi, mereka yang dikhianati.....sedangkan mereka lebih normal dari aku.....aku takut akan itu sekiranya terjadi..........apakah benar pilihan aku....terus terang, sebanyak mana teori yang wujud mengenai percintaan, perhubungan dan perkahwinan dalam dunia ni, tidak satu pun yang benar2 boleh dipercayai, tepat...semuanya sekadar teori....mungkin diwujudkan untuk melepaskan geram, mungkin diwujudkan untuk menyedapkan hati....sedangkan realiti, seorang manusia itu akan sentiasa berubah...tanpa disangka....

Percayalah, semuanya hanya sekadar teori..... 

Jadi, untuk melangkah ke peringkat seterusnya, setakut dan serisau mana pun aku, melangkahlah dengan yakin.........kerana selagi kita takut untuk kehadapan....kita bukan sahaja tidak maju tetapi akan berada dalam kerugian kerana kita tidak akan melalui liku kehidupan .sedangkan umur meningkat...kita akan sentiasa berada di takuk lama..........

Buat masa ni, aku berpegang kepada nikmatilah kebahagiaan yang ada depan mata sekarang....jangan fikir benda yang belum terjadi.....sekiranya pasangan belum curang...jangan fikirkan bahawa dia akan curang...kerana kita tak akan terfikir suatu hari nanti mungkin kita yang akan tergamak untuk menyakiti dia yang kita sayang hari ini......

Sekiranya ada kelemahan.......aku lebih selesa beritahu semuanya pada dia..aku lebih bahagia mengetahui dia dapat menerima semua sifat yang ada daripada sorok perkara sebenar dan membiarkan dia menerima aku yang hanya 'cantik' pada pandangan matanya....sebagaimana dia telus dengan aku akan keburukan dia maka setelus itulah aku dengan perangai aku padanya...biar dia sedia dan faham dengan apa yang akan dia hadapi kemudian hari...

Perangai aku memang aku tak akan berubah semata-mata mengharapkan dia menerima aku....aku x rajin make-up maka dengan dia pun aku hanya make-up bila aku ada mood.....sedangkan aku tahu dia suka memandang wanita bermake-up tebal....aku memang x kontrol makan maka, dalam hubungan kami juga aku x pernah menjaga badan......

Dia juga tahu penyakit yang aku hadapi dari awal dan dia terima keadaan aku...itu yang paling penting...

Dan berdoalah...dia akan bersama sehingga akhir........sekiranya tidak...aku sentiasa bersedia menghadapi kemungkinan itu terjadi....maka aku akan memastikan aku redha....

Wallahua'lam....

p/s: entry ini hanyalah sekadar peringatan supaya aku jangan nak pk macam2 sangat....mungkin jugak sebab aku dilanda sindrom pms...fak u pms...huhuhu......

No comments: