Monday, August 15, 2011

Toleransi Islam Dalam Negara Pelbagai Bangsa dan Agama

Semenjak dua menjak ni, makin banyak isu tentang agama, bangsa diungkit...kadang-kadang sampai tahap yang menakutkan...

Percayalah bahawa negara pelbagai bangsa macam Malaysia ni memang susah nak kawal isu-isu macam ni....

Contohnya, isu murtad yang hebat diperkatakan sekarang ni...kalau tak silap aku la kan..isu ni pernah dikorek dan ditelanjang dalam mastika sejak aku sekolah lagi...so kira-kira 10 tahun lepas...heran aku sampai sekarang ni baru nak heboh....nampak sangat nak dipolitikkan....sedangkan sebelum ni...kenapa ramai yang buat x endah je tentang isu ni? x cukup bahan bukti kah? 10 tahun tu...kalau kata betullah gereja nak murtadkan orang..rasa-rasanyalah...dah berapa ramai orang yang murtad? dan kenapa orang Islam nak salahkan gereja dalam hal ni..aku rasa tak patut....

Sedangkan orang Islam sendiri yang patut bertanggungjawab dengan penganut kita sendiri malah memang diajar untuk berbuat baik pada orang yang bukan Islam sekalipun...aku masih ingat kisah nabi kita menyuap makanan pada pengemis kafir yang buta walaupun dicerca...sedangkan nabi sendiri mengajar kita untuk menarik mereka memeluk agama kita menggunakan kecantikan dalam perbuatan kita ...dan bukannya dengan menghunus pedang di leher.......

Aku rasa itulah sebenar-benar keindahan Islam...bukan nak menyalahkan orang lain sebab mereka membantu penganut kita...kita masing2 ada saham dalam hal ni sebab masing2 berkemampuan membantu saudara kita tapi kita tak bantu...kerja nak menyalahkan orang je....dan tak hairan kalau ada diantara yang dibantu itu terbuka hati untuk memeluk agama yang 'baik' terhadap mereka...sama sahaja seperti penganut agama lain yang terbuka hati memeluk Islam selepas melihat keindahan Islam...

Untuk negara yang berbilang bangsa dan agama di Malaysia...aku rasa, perangai sebilangan orang Islam yang melatah dalam isu ni menampakkan orang Islam ni seperti 'anti' dengan agama lain dan tidak menghormati mereka...adakah dengan cara itu kita akan mampu menarik 'mereka' memperlihatkan keindahan Islam atau membuatkan mereka semakin menjauhi 'kita'?

Sepatutnya kita yang berada dalam kasut mereka...kita yang membantu mereka dalam kesusahan...bukan menyalahkan mereka atas ketidakmampuan kita. mungkin ada yang menyatakan iman mereka yang menerima pertolongan dari gereja itu yang tidak kuat malah bersifat kebendaan...apakah kita ada hak bersuara sedemikian rupa, sedangkan kita tidak berada di tempat mereka...kita tidak faham akan kesusahan mereka dan bagaimana layanan kita terhadap mereka......

Pada fahamanku, kita bukanlah agama yang miskin...malah kita mampu....lihat sahaja jumlah kutipan zakat di negara kita yang memcecah berjuta-juta ringgit dalam tahun ini sahaja...belum termasuk pertolongan persendirian dan individu.....sebab kita semua..yang bergelar Islam ada saham dalam setiap yang terjadi pada saudara kita....bukan hanya terletak pada Pusat Zakat sahaja....

Isu perkauman dan agama kini semakin membakar penganut agama lain sekiranya kita tidak mahu bertoleransi...benar, kita harus mempertahankan agama kita...tetapi pilihlah jalan yang cantik yang mampu mencantikkan kita di mata mereka daripada memilih jalan yang menyebabkan mereka menjauhi kita.....

Islam itu indah....

No comments: